Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 14 dengan AMD Ryzen 5000 akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 Oktober ini – dari RM 2,699


Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa komputer riba Honor MagicBook 14 akan ditawarkan di Malaysia mulai 1 Oktober ini pada harga dari RM 2,699.

HONOR MagicBook 14 kembali ke pasaran Malaysia dengan prestasi yang tiada tandingan, ultra-pantas dan pengalaman pengguna yang boleh dipercayai. Cip pemproses yang ditawarkan komputer riba 14 inci ini adalah siri baharu 7nm AMD Ryzen 5000 bersama Grafik AMD Raedon.

Rekaan premium ringan untuk ultra-mudah alih

HONOR MagicBook 14 ini hadir dengan beberapa keistimewaan antaranya nipis dan ringan, sesuai untuk mereka yang sibuk dengan tugasan di luar kawasan dan sentiasa perlu membawa komputer riba ke mana-mana. Kerangka HONOR MagicBook 14 diperbuat daripada aluminuim dan beratnya hanya 1.38kg. Ketebalannya cuma 15.9mm, sangat mudah untuk dimasukkan ke dalam beg tangan kerana tidak memerlukan ruang yang besar.

Tambahan pula skrinnya boleh dibuka selebar 180 darjah, senang untuk pengguna berkongsi tugasan dengan rakan yang duduk di hadapan.

Ini juga memudahkan dua pihak berbincang tentang tugasan atau projek tanpa perlu bergerak dari tempat duduk.

Rekaan badan HONOR MagicBook 14 dikemaskan dengan serongan biru yang menampakkan ia bergaya dan ianya tampil didalam dua warna iaitu Space Grey dan Mystic Silver sesuai untuk pengguna yang suka rekaan moden dan elegan.


Tumpuan
jualan utama lain

Kesitimewaan lain HONOR MagicBook 14 baharu ini adalah paparan skrin HD FullView dengan nisbah ke badan 84%serta skrin yang diiktiraf persijilan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata.

Melihat dari sudut kapasiti bateri HONOR MagicBook 14, ianya hadir dengan 56Wh dan menyokong pengecasan pantas 65W menerusi kabel data USB-C.

Harga dan ketersediaan

HONOR MagicBook 14 akan ditawarkan  mulai 1 Oktober 2021 ini pada harga RM2,699 bagi varian 8GB RAM + 256GB SSD yang disertakan dengan hadiah percuma beg galas HONOR.

Dalam pada itu, Honor MagicBook 14 versi 8GB RAM + 512GB SSD pula akan ditawarkan pada harga RM2,999 dengan hadiah percuma beg galas HONOR dan tetikus wireess Bluetooth.

Komputer riba ini boleh dibeli menerusi laman web rasmi HONOR Store,Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, stor rasmi Senheng dan juga Stor Sah HONOR di seluruh negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.