Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno6 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 870 – RM 2,999


Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Reno6 Pro 5G ke pasaran Malaysia dan model ini tiba selepas pelancaran Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Z di Malaysia baru-baru ini.

Oppo Reno6 Pro juga merupakan satu-satunya model didalam keluarga Reno6 Series untuk hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm iaitu Snapdragon 870 dan ianya turut disertakan dengan 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Oppo Reno6 Pro hadir dengan skrin paparan 3D Curved AMOLED 90Hz berukuran 6.55-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan sokongan HDR10+

Beralih kepada kamera, Oppo Reno6 Pro hadir dengan sensor utama Sony IMX766 50MP, sensor telefoto 13MP, sensor ultrawide 16MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Dalam pada itu, Oppo Reno6 Pro 5G ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Oppo Reno6 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua  pilihan warna iaitu Artic Blue dan Lunar Grey pada harga RM 2,999.

Dapatkan Oppo Reno6 Pro 5G di Lazada

Pra-tempahan Oppo Reno6 Pro boleh dibuat mulai sekarang sehingga 23 Ogos secara eksklusif di Lazada dimana setiap pembelian akan menerima beg galas, Oppo Enco Air, Mighty Mug, 1 tahun waranti perlindungan skrin dan 1TB storan HeyTap Cloud untuk setahun.

Selain itu, Ahli MyOppo juga akan menerima baucar grab bernilai RM 50.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.