Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja

realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja 1

realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja 2
realme secara rasminya telah menawarkan telefon pintar entry-level realme C21Y ke pasaran Malaysia dan ianya merupakan telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan cip pemprosesan Unisoc T610 Octa-core 12nm.

realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja 3
Penggunaan cip Unisoc T610 Octa-core yang berkelajuan 1.8GHz ini meletakkan realme C21Y sebagai telefon pintar paling berkuasa didalam segmen harga entry level.

Selain itu, realme C21Y ini juga hadir dengan skrin paparan HD+ mini drop berukuran 6.5-inci, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja 4

Dalam pada itu, realme C21Y juga memiliki sensor tri-kamera iaitu sensor utama 13MP + sensor B&W 2MP dan sensor makro 2MP yang turut membawakan sokongan fotografi malam Super Nightscape. Kamera selfie adalah 5MP.

Beralih kepada bateri, realme C21Y memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan melalui microUSB, sensor capjari dan realme UI yang berasaskan Android 11.

realme C21Y ditawarkan didalam dua warna  iaitu Cross Blue dan Cross Black di realme Authorised Store pada harga RM 549.

realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja 5realme C21Y dengan cip Unisoc T610 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 549 sahaja 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.