Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds2 – TWS paling ringan daripada Samsung namun masih menawarkan ANC


Bersama-sama Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip 3 dan Galaxy Watch4 Series, Samsung juga telah memperkenalkan TWS terbaru mereka yang merupakan earbuds paling ringan keluaran syarikat ini iaitu Samsung Galaxy Buds2.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz

Samsung Galaxy Buds2 hadir dengan reka bentuk baharu yang juga disertakan dengan Pembatalan Bunyi Hingar Aktif (ANC) melalui 3 mikrofon pada earbuds ini.

Selain itu, Samsung Galaxy Buds2 juga mempunyai pembesar suara dua hala yang dinamik untuk penghasilan nada tinggi yang jernih dan bass yang mendalam.

Untuk kesesuaian yang lebih sempurna, Samsung juga telah membangunkan ‘Earbud fit test’ di aplikasi Galaxy Wearable.

Samsung Galaxy Buds2 tampil dengan bekas pengecasan yang sama seperti Galaxy Buds Pro dengan bateri berkapasiti 472mAh manakala pada setiap earbuds terdapat bateri berkapasiti 61mAh.


Samsung Galaxy Buds2 akan hadir didalam 4 warna iaitu Graphite, White, Olive dan Lavender namun tidak kira warna apa yang anda beli, bekas pengecasan akan hanya hadir didalam warna putih.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz
Samsung Galaxy Buds2 akan ditawarkan pada harga $149 di Amerika Syarikat (RM 631) namun buat masa ini masih belum ada maklumat harga bagi pasaran Malaysia diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.