Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch4 Series kini rasmi dengan WearOS, pengukur komposisi badan dan 40 jam jangka hayat bateri

Selain pelancaran Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3, Samsung juga telah memperkenalkan generasi baharu jam pintar Galaxy Watch4 Series yang terdiri daripada Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz

Samsung Galaxy Watch4 Series juga merupakan kali pertama syarikat ini menggunakan OneUI Watch yang berasaskan WearOS dan penggunaan cip 5nm iaitu Exynos W920 Dual Core 1.18GHz, 1.5GB RAM dan 16GB storan dalaman.

Samsung Galaxy Watch4

Samsung Galaxy Watch4 mempunyai reka bentuk rangka aluminium dengan digital bezel yang dipadankan dengan tali getah dan model ini ditawarkan didalam dua saiz iaitu 40mm yang memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.2-inci dan versi 44mm yang memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.4-inci.

Samsung Galaxy Z Flip3 kini rasmi – Cover Screen yang lebih besar dan skrin paparan utama 120Hz

Samsung Galaxy Watch4 Classic

Samsung Galaxy Watch4 Classic pula hadir dengan reka bentuk rangka keluli tahan karat dengan rotating bezel dan ianya ditawarkan didalam dua saiz iaitu 42mm dan 46mm namun saiz skrin adalah sama seperti Galaxy Watch4.

Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic juga tampil dengan reka bentuk sensor BioActive 3 dalam 1 yang membolehkan anda mengukur PPG, ECG dan BIA.

BIA merupakan teknologi ukuran komposisi badan seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan. Anda boleh mengukur komposisi badan anda melalui pergelangan tangan dengan hanya dua jari. Dalam masa kira-kira 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch4 Series juga mempunyai kebolehan merekod sehingga 100 aktiviti kecergasan, kalis air dan habuk IP68, sokongan e-SIM 4G LTE Cat.4 dan paparan Always On.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy Watch4 40mm dan Watch4 Classic 42mm mempunyai bateri berkapasiti 247mAh manakala Watch4 44mm dan Watch4 Classic 46mm mempunyai bateri berkapasiti 361mAh yang dikatakan mampu menawarkan sehingga 40 jam penggunaan.

Samsung Galaxy Watch4 hadir didalam warna Black, Silver, Pink Gold (40mm) dan Green (44mm).


Samsung Galaxy Watch4 Classic pula hadir didalam dua pilihan warna iaitu Black dan Silver.

Buat masa ini harga dan maklumat jualan di Malaysia masih belum diumumkan namun ianya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat pada harga dari $249 (RM 1,055) bagi Galaxy Watch4 dan $349 (RM 1,478) bagi Galaxy Watch4 Classic.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.