Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini menawarkan ciri pemindahan sejarah chat dari iOS ke Android


Aplikasi permesejan popular global, WhatsApp telah mengumumkan ciri untuk menyalin serah chat anda dari platform iOS (iPhone) kepada Android.

Ciri ini membolehkan segala fail seperti imej, mesej suara dan perbualan dapat dipindahkan dari peranti iOS kepada Android namun buat masa ini ciri hanya ditawarkan pada peranti Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 yang telah dilancarkan lewat malam tadi.

Walaubagaimanapun, ciri ini dikatakan akan mula tiba kepada telefon pintar Samsung yang lain sebelum ditawarkan dengan lebih menyeluruh pada semua peranti Android.

Ciri pemindahan sejarah chat antara platform yang berlainan adalah salah satu kekurangan terbesar yang dimiliki WhatsApp dan penawaran ciri ini secara rasmi pada memudahkan proses untuk pengguna beralih daripada iOS kepada Android.

Kerumitan ini adalah kerana data sejarah pada iOS di simpan pada iCloud manakala data sejarah pada Android simpan pada Google Drive.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.