Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip3 kini rasmi – Cover Screen yang lebih besar dan skrin paparan utama 120Hz



Selain Samsung Galaxy Z Fold3, Samsung juga telah mencuri tumpuan dengan pelancaran Samsung Galaxy Z Flip3 yang merupakan telefon pintar foldable kompak.

Samsung Galaxy Z Fold3 kini rasmi dengan Snapdragon 888 dan 2 skrin paparan AMOLED 120Hz

Seperti Galaxy Z Fold3, Samsung Galaxy Z Flip3 juga menampilkan penggunaan Amor Aluminum yang 10% lebih kukuh, lapisan gelas Corning Gorilla Victus dan pensijilan kalis air dan habuk IPX8

Samsung Galaxy Z Flip3 hadir dengan skrin paparan utama Infinity Flex berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, Galaxy Z Flip3 juga mempunyai satu skrin luaran iaitu Cover Screen yang 4 kali lebih besar berbanding pada generasi yang lalu dengan panel Super AMOLED berukuran 1.9-inci.

Samsung Galaxy Watch4 Series kini rasmi dengan WearOS, pengukur komposisi badan dan 40 jam jangka hayat bateri

Dari segi pemproses, Samsung Galaxy Z Flip3 menampilkan pengunaan cip Snapdragon 888 yang sama seperti pada Galaxy Z Fold3 namun kapasiti RAM adalah 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Flip3 hadir dengan dua sensor 12MP dibahagian belakang iaitu satu sensor utama dan satu sensor ultrawide. Kamera selfie adalah 10MP.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip3 juga memiliki bateri berkapasiti 3,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, pengecasan  tanpa wayar 10W dan reverse wireless charging pada kadar 4.5W.

Samsung Galaxy Z Flip3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Cream, Green, Lavender dan Phantom Black.

Samsung Galaxy Z Flip3 akan mula memasuki pasaran pada 27 Ogos pada harga $999 iaitu sekitar RM 4,322.

Harga Samsung Galaxy Z Flip3 di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.