Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X3 GT kini rasmi di Malaysia – peranti setaraf flagship pada harga serendah RM 1,299 sahaja

Poco X3 GT kini rasmi di Malaysia - peranti setaraf flagship pada harga serendah RM 1,299 sahaja 3
Poco secara rasminya telah melancarkan Poco X3 GT dan telefon pintar ini akan ditawarkan di Malaysia mulai 3 Ogos ini pada harga promosi serendah RM 1,199 sahaja.

Bercakap mengenai spesifikasi, Poco X3 GT akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD 120Hz DynamicSwitch DotDisplay berukuran 6.6-inci, pemproses MediaTek Dimensity 1100 5G,  8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB.

Selain itu, Poco X3 GT juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga mempunyai sokongan pengecasan 67W Turbo Charging yang menawarkan pengecasan dari 0-100% dalam masa 42 minit sahaja.

Beralih kepada kamera, Poco X3 GT memiliki  tetapan tri-kamera 64MP yang juga disertakan bersama-sama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Poco X3 GT juga tampil dengan pembesar suara stereo JBL, Wi-Fi 6, dua 5G, NFC, sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0 dan X-axis linear motor.

Harga dan Promosi Istimewa Poco X3 GT di Malaysia

Poco X3 GT ditawarkan pada harga jualan khas yang hanya sah untuk pembelian pada 3 & 4 Ogos di Lazada iaitu pada harga RM 1,199 (RRP RM 1,299) bagi varian 8/128GB dan RM 1,399 (RRP RM 1,599) bagi varian 8/256GB.

POCO X3 GT akan  ditawarkan didalam tiga warna iaitu –Stargaze Black , Cloud White and Wave Blue.

Beli Poco X3 GT di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.