Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Flash akan dilancarkan pada 3 Ogos 2021 – teknologi pengecasan MagDart akan turut diperkenalkan


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme Flash akan dilancarkan pada 3 Ogos ini.

Teknologi ini adalah sama seperti yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone 12 Series iaitu MagSafe namun realme Flash merupakan telefon pintar Android pertama untuk menggunakan teknologi ini.

Selain itu, cara pengecasan magnetik ini berfungsi juga hampir sama seperti magnetik namun teknologi MagDart dikatakan adalah lebih pantas daripada apa yang ditawarkan oleh MagSafe iaitu 15W dan ini juga bermaksud ianya akan menjadi teknologi pengecasan tanpa wayar magnetik terpantas didunia.

Selain itu, realme Flash juga akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888, 12GB RAM dan 256GB storan dalaman serta realme UI 2.0 yang berasakan Android 11.

Nantikan pelancaran realme Flash pada 3 Ogos ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.