Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google sedang membangunkan aplikasi “ Switch to Android ” yang akan ditawarkan di Apple App Store


Google dilaporkan sedang membangunkan aplikasi “Switch to Android” yang akan ditawarkan di Apple App Store tidak lama lagi.

Ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan Apple juga menawarkan aplikasi “Move to iOS” bagi pengguna Android di Google Play Store.

Barisan kod didalam versi baharu Android iaitu versi 1.0.382048734 mempunyai komponen Data Restore Tool” yang merujuk kepada aplikasi “Switch to Andorid” untuk peranti iOS.

Berikut adalah terjemahan pada kod ini :

Step 1: Get the Switch to Android app from the App Store.

Step 2: Go to your Wi-Fi settings

Step 3: Connect to network ^1 and enter password ^2

Tambahan lagi, pengunaan aplikasi “Switch to Andorid” juga dilihat membuka kemungkinan untuk memindahkan lebih banyak data daripada peranti iOS berbanding sebelum ini dan ini termasuk aplikasi.

Walaubagaimanapun, masih belum jelas samada memindahkan aplikasi dari peranti iOS kepada peranti Android juga akan memindahkan data didalam aplikasi ini.

Selain itu, masih belum dapat dipastikan juga bila aplikasi “Switch to iOS” akan mula ditawarkan di Apple App Store.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.