Poco X3 GT disahkan akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1100 dan pengecasan 67W Turbo Charge
Poco sebelum ini telah mengesahkan bahawa pelancaran global Poco X3 GT akan berlangsung pada 28 Julai ini dan telefon pintar ini telah disahkan akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1100 dan pengecasan pantas 67W Turbo Charging.
Walaubagaimanapun, spesifikasi telefon pintar ini dijangka adalah seperti Redmi Note 10 Pro yang ditawarkan di China.
Ini bermaksud Poco X3 GT akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD 120Hz berukuran 6.6-inci, 6GB atau 8GB RAM dan bateri berkapasiti 5,000mAh.
Selain itu, Poco X3 GT juga dijangka akan hadir dengan tetapan tri-kamera 64MP, pembesar suara stereo JBL, storan dalaman jenis UFS 3.1 dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.
Saksikan pelancaran rasmi Poco X3 GT pada 28 Julai ini diĀ Facebook POCO Malaysia