Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook D14 Intel i3 (Gen-10) dan MateBook 14 akan ditawarkan mulai 27 Julai ini – Jualan Online Sahaja


HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa komputer riba dengan nilai belian terbaik iaitu HUAWEI D14 Intel Core i3 (Generasi ke-10) dan HUAWEI MateBook 14 dengan AMD Ryzen 4000H Series akan mula ditawarkan secara eksklusif di atas talian mulai 27 Julai ini di  HUAWEI Store Online, Shopee dan Lazada.

Varian terbaru komputer riba HUAWEI MateBook ini bukanya hanya berfungsi sebagai peranti produktiviti malah menjadi satu peranti penting didalam pengalaman AI Life.

HUAWEI MateBook D14 – Komputer Riba dengan nilai belian terbaik dari HUAWEI

HUAWEI MateBook D14 hadir dengan skrin paparan 1080p Full HD IPS berukuran 14.0-inci yang juga mempunyai nisbah skrin kepada rangka 84% dan paparan 16:9 untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif.

 HUAWEI MateBook 14

HUAWEI MateBook 14 pula dilengkapi cip AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor yang dipadankan bersama grafik AMD Radeon™ Graphics yang menjadikan suntingan video dan gambar adalah proses yang mudah.

HUAWEI MateBook 14 juga memiliki skrin paparan FullView 2K dan bateri 56Wh yang mampu memenuhi keperluan pengunaan tenaga harian.

Maklumat lanjut mengenai harga dan promosi komputer riba ini boleh diketahui di

HUAWEI Facebook dan HUAWEI Official Website .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.