Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE disahkan tidak akan dilancarkan di Samsung Unpacked pada 11 Ogos ini

@LetsGoDigital

Samsung akan mengadakan majlis Unpacked kedua bagi tahun ini dimana syarikat ini akan memperkenalkan Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 bersama-sama Galaxy Buds2 dan jam pintar Galaxy Watch yang baharu.

Pelancaran ini juga bermaksud kita tidak akan menyaksikan pelancaran Galaxy Note21 tahun ini namun Samsung dijangka akan memperkenalkan satu lagi model Galaxy S21 Series yang lebih murah.

Jika anda berharap bahawa Galaxy S21 FE akan dilancarkan di majlis Unpacked yang akan berlangsung pada 11 Ogos ini, LetsGoDigital telah mendedahkan bahawa dokumentasi rasmi daripada Samsung telah mengesahkan bahawa S21 FE tidak akan diperkenalkan di majlis Unpacked ini.

Selain itu, laporan ini juga memberikan kita jangka masa pelancaran yang mendakwa Galaxy S21 FE hanya akan berlangsung sekitar bulan Oktober.

Menyentuh sedikit spesifikasi, Galaxy S21 FE akan hadir dengan skrin paparan 120Hz Super AMOLED FHD+ berukuran 6.4-inci, cip Snapdragon 888 (versi Exynos 2100 mungkin turut dilancarkan).

Samsung Galaxy S21 FE dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.