Poco F3 GT akan dilancarkan pada 23 Julai ini
Poco telah mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Poco F3 GT akan berlangsung di India pada 23 Julai ini.
Poco F3 GT adalah model Redmi K40 Gaming Edition yang dijenama semula dan ianya akan hadir dengan spesifikasi flaghsip dan cip pemprosesan daripada MediaTek.
Poco F3 GT akan menampilkan pengunaan cipset 6nm Dimensity 1200, 3 pilihan RAM iaitu 6GB,8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.
Beralih kepada bahagian skrin, Poco F3 GT ini akan hadir panel AMOLED FHD+ berukuran 6.67-inci dengan sokongan 10-bit (1.067 billion) warna, HDR10+, DCI-P3 dan semestinya kadar segar semula 120Hz.
Pada bahagian kamera, Poco F3 GT akan memiliki sensor utama Quad-Bayer 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Selain itu, Poco F3 GT dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,065mAh dan sokongan pengecasan pantas 67W.