Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic3 Pro dan Magic3 akan dilancarkan 12 Ogos ini – spesifikasi dan harga telah didedahkan


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran global HONOR Magic3 Series akan berlangsung pada 12 Ogos ini dan kita akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan dua model iaitu Magic3 dan Magic3 Pro.

Kini, laporam terbaru dari China telah mendedahkan bahawa Honor Magic3 akan mempunyai harga permulaan CNY 4,000 (RM 2,598) manakala Magic3 Pro pula akan bermula CNY 5,000 (RM 3,254)

Selain itu, Honor Magic3 Pro juga dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 888+ manakala jenis pemproses yang akan digunakan pada Magic3 masih belum disahkan.

Dalam pada itu, Magic3 Pro juga dijangka akan menawarkan sokongan pengecasan pantas 100W serta pengecasan tanpa wayar 50W.

Akhir sekali, Honor Magic3 Pro juga akan hadir dengan sensor periskop telefoto yang menawarkan 100x zoom hibrid yang dipadankan bersama satu sensor utama beresolusi tinggi yang mungkin dibekalkan oleh Sony.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.