Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Global Poco X3 GT akan berlangsung pada 28 Julai ini


Poco juga telah mengesahkan bahawa pelancaran global Poco X3 GT akan berlangsung pada 28 Julai ini.

Poco Malaysia telah menghantar jemputan rasmi kepada kami untuk menyaksikan siaran langsung pelancaran global ini dan anda juga boleh menontonya diFacebook POCO Malaysia pada jam 8 malam.

Poco X3 GT adalah varian global kepada Redmi Note 10 Pro 5G yang ditawarkan di China.

Bercakap mengenai spesifikasi, Poco X3 GT akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD 120Hz berukuran 6.6-inci, pemproses MediaTek Dimensity 1100 5G, 6GB atau 8GB RAM dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga mempunyai sokongan pengecasan pantas 67W.

Selain itu, Poco X3 GT juga akan hadir dengan tetapan tri-kamera 64MP, pembesar suara stereo JBL, storan dalaman jenis UFS 3.1 dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Dengan ini adalah selamat untuk kami perkatakan bahawa Poco F3 GT akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.