Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic3 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos ini – guna cip Snapdragon 888+


Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan mengadakan majlis pelancaran global pada 12 Ogos ini dan ini akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan Honor Magic3 Series.

Selain itu, Honor sebelum ini juga telah mengesahkan bahawa Honor Magic3 Series akan menggunakan cip Snapdragon 888+ dan ini mungkin bermaksud bahawa syarikat ini akan menjadi yang pertama dipasaran.

Qualcomm Snapdragon 888 Plus 5G diumumkan secara rasmi di MWC 2021

Buat masa ini Honor tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai telefon pintar ini namun Honor Magic3 Series akan memiliki GMS dengan fokus kepada pasaran antarabangsa.

Kali terakhir Honor melancarkan telefon pintar dibawah Magic Series adalah pada 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.