Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kini merupakan syarikat telefon pintar No.2 global – berjaya mengatasi Apple

Xiaomi kini merupakan syarikat telefon pintar No.2 global - berjaya mengatasi Apple 3
Laporan terbaru daripada Canalys mengenai pasaran telefon pintar global pada suku kedua tahun 2021 telah menyaksikan Xiaomi kini bergelar syarikat telefon pintar no.2 global mengatasi Apple.

Xiaomi telah menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 89% berbanding suku yang sama tahun lalu dengan 17% pegangan pasaran.

Ini bermaksud Xiaomi telah melonjak ke tangga kedua didalam pasaran telefon pintar global mengatasi Apple yang kini mempunyai 14% pegangan pasaran manakala Samsung masih mendahului dengan 19% pegangan pasaran dengan peningkatan jualan sebanyak 15%.

Selain itu, melengkapkan senarai 5 syarikat telefon pintar global terbaik adalah Oppo ditangga ke-4 diikuti Vivo di tempat ke-5 iaitu dengan 10% pegangan pasaran.

Akhir sekali, Canalys juga berkata bahawa impian Xiaomi selepas ini adalah menggantikan Samsung sebagai syarikat telefon pintar No.1 Global.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.