Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI berdepan kekurangan bekalan pemproses Kirin 9000 bagi HUAWEI P50 Series – mungkin guna Snapdragon 888 4G

HUAWEI berdepan kekurangan bekalan pemproses Kirin 9000 bagi HUAWEI P50 Series - mungkin guna Snapdragon 888 4G 3
Laporan terbaru medakwa bahawa HUAWEI mungkin terpaksa menggunakan dua jenis cipset pada siri HUAWEI P50 Series kerana kekurangan bekalan cipset.

Akibat dari penyenaraian hitam, HUAWEI tidak mempunyai bekalan cip Kirim 9000 untuk digunakan pada kesemua model HUAWEI P50 dan disebabkan ini HUAWEI telah menempah cip daripada Qualcomm.

Walaubagaimanapun, penggunaan cip daripada Qualcomm juga mempunyai kekurang iaitu tiada sokongan 5G dan ini adalah kerana syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tidak boleh membekalkan teknologi 5G kepada HUAWEI.

Ini bermaksud, HUAWEI terpaksa menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 888 4G pada HUAWEI P50 manakala HUAWEI P50 Pro akan menggunakan cip Kirin 9000 yang tampil dengan sokongan 5G.

Walaubagaimanapun, bekalan cip Kirin 9000 ini juga dijangka akan habis menjelang bulan Disember dan ini mungkin memaksa HUAWEI menggunakan cip Snapdragon 888 4G pada HUAWEI P50 Pro selepas itu.

Akhir sekali, pelancaran HUAWEI P50 Series dijangka akan berlangsung penghujung bulan ini namun masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada HUAWEI setakat ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.