Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Smartphone for Snapdragon Insiders kini rasmi – di bangunkan oleh Asus pada harga sekitar RM 6,252


Qualcomm mempunyai 1.6 juta komuniti peminat yang dikenali sebagai ‘Snapdragon Insiders’ dan khas bagi pengguna ini, Qualcomm telah memperkenalkan telefon pintar Smartphone for Snapdragon Insiders.

Telefon pintar Smartphone for Snapdragon Insiders dengan nama yang luar biasa ini telah dibangunkan bersama Asus untuk memperlihatkan pengalaman mudah alih premium  daripda cip flagship Qualcomm.

Mari ke meneroka lebih dalam mengenai Smartphone for Snapdragon Insiders ini. Ianya hadir dengan skrin paparan Samsung AMOLED 144Hz yang mempunyai resolusi FHD+ dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Beralih kepada bahagian dalaman, Smartphone for Snapdragon Insiders hadir dengan pemproses Snapdragon 888, 16GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 512GB jenis UFS 3.1 serta Android 11 yang asli.

Selain itu, Smartphone for Snapdragon Insiders juga merupakan antara telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan teknologi Snapdragon Sound yang menawarkan pengalaman audio premium.

Beralih kepada bahagian belakang, Smartphone for Snapdragon Insiders hadir dengan tiga kamera iaitu satu sensor utama 64MP Sony IMX686, sensor ultrawide 12MP Sony IMX363 dan sensor telefoto 8MP yang menawarkan 3x zoom optik. Kamera selfie adalah 24MP

Kamera ini juga membawakan beberapa ciri fotografi khas seperti AI auto zoom dan AI tracking.

Smartphone for Snapdragon Insiders juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang iaitu 3D Sonic Sensor generasi ke-2 dan logo Snapdragon yang beriluminasi.

Smartphone for Snapdragon Insiders juga mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 5.0 yang memberikan pengecasan 0-100% dalam 52 minit.

Selain itu, bersama-sama pembelian, anda juga akan menerima TWS Master & Dynamic yang dilengkapi Snapdragon Sound, adapter Quick Charge 5.0 , bumper case dan kabel USB-C yang disulam.

Anda pasti tertanya-tanya mengenai harga, Smartphone for Snapdragon Insiders akan ditawarkan pada harga $1,499 atau sekitar RM 6,252 dan akan memasuki pasaran pada bulan Ogos 2021.

Smartphone for Snapdragon Insiders akan ditawarkan melalui saluran jualan rasmi Asus bermula dengan pasaran Amerika Syarikat, China, Jerman, United Kingdom, Jepun, Korea dan India.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.