Snapdragon X2 Series dilancarkan sebagai Pemacu Fasa Seterusnya AI PC

Qualcomm Technologies telah memperkenalkan evolusi terbaru platform Snapdragon X Series menerusi pengenalan AI PC berkuasa Snapdragon X2 Series, mewakili fasa seterusnya dalam era pengkomputeran Windows berasaskan AI.
Seiring pengalaman AI semakin menjadi sebahagian daripada aliran kerja harian, peranti berkuasa Snapdragon X Series direka untuk menawarkan pengalaman PC yang berbeza — menggabungkan prestasi, kecekapan, mobiliti serta keupayaan AI on-device dalam rekaan nipis dan ringan.
Dibina berasaskan seni bina berfokuskan kecekapan Qualcomm, Snapdragon AI PC terus mentakrif semula jangkaan pengguna terhadap ketahanan bateri, prestasi haba, responsiviti dan mobiliti untuk pengguna moden.
Peranti terbaru Snapdragon X Series dan Snapdragon X2 Series menawarkan:
- Hayat bateri tahan lama untuk penggunaan sepanjang hari dalam situasi sebenar;
- Prestasi responsif untuk multitasking, kolaborasi, penstriman dan tugasan kreatif;
- Rekaan nipis dan ringan dengan operasi lebih senyap serta pengurusan haba lebih baik;
- Keupayaan NPU khusus untuk pengalaman AI on-device yang lebih maju;
- Sokongan gaming dipertingkat serta pengoptimuman lebih luas menerusi X2 Series untuk produktiviti dan hiburan.
Dengan pengenalan Snapdragon X2 Series, Qualcomm terus mempertingkat pengalaman Snapdragon AI PC menerusi penambahbaikan dari segi prestasi, keupayaan AI, gaming dan pengalaman penggunaan keseluruhan.
Ketika generasi baharu pelajar dan profesional menjadi semakin mobile, connected dan AI-driven dalam cara mereka bekerja, belajar dan berkarya, jangkaan terhadap pengalaman PC juga semakin berubah.
Pengguna masa kini melakukan multitasking merentasi aplikasi kolaborasi, aplikasi kreatif, penstriman, komunikasi dan aliran kerja berasaskan AI sepanjang hari — selalunya dari pelbagai lokasi tanpa sentiasa bergantung kepada pengecas. Snapdragon AI PC direka berdasarkan corak penggunaan moden ini dengan menggabungkan prestasi responsif, hayat bateri panjang, pemprosesan AI on-device maju serta rekaan nipis dan ringan untuk menyokong cara pengguna moden bekerja dan hidup hari ini.
Snapdragon X2 Series turut memperkenalkan sokongan gaming yang dipertingkat, termasuk keserasian lebih luas untuk pengalaman gaming PC moden.
AI PC berkuasa Snapdragon X Series dan Snapdragon X2 Series kini ditawarkan dalam pelbagai pilihan harga dan bentuk daripada jenama terkemuka termasuk Acer, ASUS, HP, Lenovo dan Microsoft. Model terbaru dengan pemproses Snapdragon X2 Series yang akan hadir ke Malaysia termasuk ASUS Zenbook A16, Lenovo IdeaPad 5 2-in-1 dan Lenovo Yoga Slim 7x.
Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan Snapdragon AI PC menerusi peruncit utama termasuk Harvey Norman, Thunder Match Technology dan PC Image. Maklumat lanjut boleh didapati di Snapdragon Super Deals Malaysia





