Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo telah menjual 19 juta unit telefon pintar 5G pada 3 bulan pertama tahun 2021 – syarikat kedua dengan pertumbuhan tertinggi

Laporan terbaru Strategy Analytics mendedahkan bahawa pegangan pasaran telefon pintar 5G global Vivo pada suku pertama telah meningkat sebanyak 62% berbanding suku ke-4 2020 yang menyaksikan 19.4 juta unit telefon pintar 5G telah terjual.

Ini juga telah membolehkan Vivo kini berada di tempat ketiga didalam pasaran telefon pintar 5G Global dengan 14.3% dibelakang Oppo dan Apple yang masing-masing mempunyai 15.8% dan 29.8% pegangan pasaran 5G Global.

Selain itu, Samsung mencatatkan pertumbuhan tertinggi didalam segmen telefon pintar 5G iaitu peningkatan sebanyak 79% berbanding suku ke-4 tahun lalu dengan 17 juta unit terjual pada suku pertama 2021.

Apple dalam pada itu masih mendahului pasaran telefon pintar 5G Global dengan 40.4 juta unit atau sekitar 29.8% namun jualan syarikat ini jatuh 23% berbanding suku ke-4 2020.

Berikut adalah 5 syarikat pengeluar telefon pintar 5G terbesar dipasaran bagi suku pertama 2021

  1. Apple 29.8%
  2. OPPO 15.8%
  3. Vivo 14.3%
  4. Samsung 12.5%
  5. Xiaomi 12.2%
  6. Lain-lain 15.3%
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.