Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kempen Durian e-Fiesta kembali lagi di Shopee – Dapatkan Durian Segar dari Ladang pada harga berpatutan


Sebagai persediaan untuk kemuncak musim durian akan tiba pada pertengahan bulan Julai,  para penjual durian telah membawa jualan durian secara atas talian.

Shopee dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini telah menganjurkan kempen Durian e-Fiesta yang mana semua transaksi ini juga dilindungi Shopee Guarantee.

Selain itu, FAMA juga telah menyatakan bahawa pihaknya telah berkerjasama dengan Shopee bagi meneruskan kempen Durian e-Fiesta buat tahun kedua dalam menormalisasikan penjualan dan pembelian hasil tani secara atas talian ekoran pandemik yang kelihatan seperti tiada penamat.

Kempen e-Fiesta ini akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai dengan baucar diskaun menarik sehingga 50%, diskaun RM 15 dengan pembelian minimum RM 60 serta diskaun RM 30 bagi pembelian minimum RM 100 yang boleh dituntut di laman mikro eFAMAPLACE.


Selain itu,kolaborasi antara FAMA dan Shopee sebelum ini telah mencatatkan peningkatan pulangan pelaburan sehingga 8 kali ganda yang secara langsung memanfaatkan para petani dan penjual durian.

Akhir sekali, penjual-penjual eFAMAPLACE di Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale setiap hari dari 4-31 Julai yang akan menyaksikan durian Musang King, D24 dan durian Kampung dijual pada harga serendah RM 0.77 pada jam 12 tengah malam setiap hari didalam kuantiti terhad.

Kunjungi laman mikro eFAMAPLACE di Shopee sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.