Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp bakal menawarkan ciri View Once- gambar dan video terpadam selepas dilihat sekali

 

Aplikasi permesejan WhatApp sebelum ini telah memperkenalkan ciri disappearing messages pada bulan November yang lalu dimana apabila ciri ini diaktifkan, teks, gambar dan media lain yang dihantar akan terpadam secara automatik selepas 7 hari.

Walaubagaimanapun, WhatsApp kini sedang mencuba satu lagi ciri yang hampir sama iaitu View Once messages.

Ini bermaksud setiap gambar dan video yang dihantar akan terpadam sejurus selepas media berkenaan dilhat dan ditutup.

Selain itu, mesej yang dihantar melalui ciri ini juga tidak akan mempunyai previu pada ruang notifikasi di lock screen.

Ciri mesej View Once ini boleh dihantar kepada chat invidu atau kumpulan dan ianya boleh diaktifkan dengan menekan angka ‘1’ bersebelahan butang ‘sent’.

Dalam pada itu, ciri ini masih boleh dihantar kepada penerima walaupun aplikasi WhatsApp mereka belum menerima ciri ini dan setakat ini hanya versi beta WhatsApp (2.21.14.3) bagi peranti Android sahaja menyokong penghantaran mesej ini.

Walaubagaimanapun, WhatsApp masih tidak menawarkan sebarang perlindungan daripada screenshot walaupun ciri ini diaktifkan.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.