Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple telah menjual 100 juta unit iPhone 12 Series dalam masa 7 bulan – iPhone 12 Pro Max paling popular


Laporan terbaru Counterpoint Research mendedahkan bahawa Apple iPhone 12 Series merupakan siri telefon pintar paling popular sejak Apple iPhone 6 yang dilancarkan pada tahun 2014.

Menurut laporan ini lagi, sebab yang mendorong pencapaian ini adalah adaptasi 5G dan penggunaan skrin paparan OLED pada semua model termasuk pada model yang lebih murah.

Dalam pada itu, Apple iPhone 12 Pro Max juga merupakan model paling laris di peringkat global dengan 29% jumlah jualan, meningkat dari jualan iPhone 11 Pro Max tahun lepas iaitu 25%.

Selain itu, jualan iPhone 12 Pro Max adalah lebih tinggi iaitu 40% daripada jumlah jualan keseluruhan Apple iPhone 12 Series.

iPhone 12 Pro Max merupakan model termahal didalam keluarga iPhone 12 dan jumlah unit yang tinggi juga telah menyebabkan Average Selling Price (ASP) telah naik dan paling tinggi didalam sejarah.

Ini membolehkan pendapatan Apple melalui 12 Series meningkat 22% berbanding jumlah pendapatan yang dijana iPhone 11 Series.

Satu lagi rekod yang harus diperkatakan adalah Apple iPhone 12 Series telah mencapai angka jualan 100 juta unit didalam masa 7 bulan sahaja iaitu pada bulan April, 2 bulan lebih awal berbanding iPhone 11 Series.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.