Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tali jam Apple Watch edisi khas Olimpik bagi 22 Negara – berharga RM 199


Apple telah mengumumkan penawaran tali jam bagi Apple Watch sempena sukan Olimpik Tokyo yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tali jam ‘International Collection’ edisi terhad ini menampilkan 22 negara yang merupakan sebahagian dari 206 negara National Olympic Committee namun mengecewakan adalah Malaysia tidak tersenarai didalam 22 negara yang terpilih.

22 Negara yang terpilih untuk menerima tali jam pintar khas dan watch faces yang boleh disuai padan adalah Australia, Belgium, Brazil, Kanada, China, Denmark, Perancis, Jerman, Britain, Greece, Itali, Jamaica, Jepun, Mexico, Belanda, New Zealand, Rusia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden dan Amerika Syarikat.

Tali jam International Collection Sport Loop ini ditawarkan didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm pada harga RM 199.

Maklumat lanjut mengenai koleksi tali jam edisi khas Olimpik ini boleh diketahui di Apple Store

Australia
Brazil
Belgium
Kanada
China
Denmark
Perancis
Jerman
Great Britian
Greece
Itali
Jepun
Jamaica
Mexico
Belanda
New Zealand
Rusia
Afrika Selatan
Korea Selatan
Sepanyol
Sweden
Amerika Syarikat
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.