Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program Percubaan Astro Ultra Plug and Play Box kini bermula – pemasangan tanpa piring satelit

Syarikat televisyen berbayar Astro telah memulakan program percubaan Astro Ultra Plug and Play Box yang membolehkan anda menonton siaran tanpa memerlukan pemasangan piring satellite yang juga bermaksud anda boleh menonton Astro tanpa sebarang gangguan walaupun hujan lebat.

Astro kini menjemput 300 pengguna baharu untuk mencuba Astro Ultra Plug and Play Box dan ianya disasarkan kepada pengguna kediaman kondominium yang mempunyai sambungan pantas sekurang-kurangnya 30Mbps.

Selain itu,  Astro Ultra Plug & Play Box ini juga boleh dipasang sendiri dan bagi pengguna yang menyertai program percubaan ini, anda akan menerima akses percuma kepada aplikasi Astro Go sehingga peranti anda tiba.

Dalam pada itu, Astro tidak memaklumkan sebarang maklumat mengenai pakej yang ditawarkan namun ianya boleh dilanggan dibawah pakej Super Pack Lite Sports yang bernilai RM 92 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Astro melalui WhatsApp atau di talian 03-7481 8000

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.