Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy XCover 5 kini rasmi di Malaysia – telefon pintar lasak terbaru Samsung

Samsung secara rasminya telah mengumumkan penawaran Samsung Galaxy XCover 5 ke pasaran Malaysia yang merupakan telefon pintar tahan lasak khas untuk industri berat.

Samsung Galaxy XCover 5 hadir dengan reka bentuk yang lasak yang mampu memberikan ketahanan maksima dan ianya juga disertakan dengan pensijilan IP68 yang memberikan perlindungan daripada jatuhan setinggi 1.5 meter dan kalis air sedalam 1.5 meter untuk 30 minit.

Samsung Galaxy XCover 5 hadir dengan skrin paparan PLS TFT LCD HD+ berukuran 5.3-inci, pemproses Exynos 850, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Selain itu, Samsung Galaxy XCover 5 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang boleh ditukar dan bateri ini juga disertakan dengan pengecasan pantas 15W dan pengecasan melalui 2 pin POGO.


Beralih kepada kamera pula, Samsung Galaxy XCover 5 tampil dengan satu kamera 16MP dibahagian belakang dengan ciri Live Focus manakala pada bahagian hadapan terdapat sensor kamera 5MP.

Lain-lain ciri Samsung Galaxy XCover 5 adalah cip NFC untuk pembayaran, piawaian tahan lasak MIL-STD810H, ciri walkie-talkie pada aplikasi Microsoft Teams dan Samsung Knox yang memberikan perlindungan menyeluruh kepada maklumat dan data syarikat.

Samsung tidak mendedahkan harga bagi Galaxy XCover 5 ini namun syarikat yang berminat mendapatkan telefon pintar boleh menghubungi Samsung melalui pautan ini > Samsung Galaxy XCover 5.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.