Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fave Lancar ciri ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BPNL) tanpa faedah di Malaysia dan Singapura

Fave, syarikat teknologi kewangan (fintech) yang berkembang pesat di Asia Tenggara, telah melancarkan perkhidmatanBeli Sekarang Bayar Kemudian” (BNPL) di Singapura dan Malaysia.

Perkhidmatan ini menawarkan akses segera kepada kredit bebas faedah yang boleh digunakan di lebih 40,000 kedai kepada lebih 6 juta pengguna Fave sebagai fasa permulaan.


Bermula
hari ini, perkhidmatan ini akan tersedia di aplikasi Fave untuk pengguna iOS, manakala bagi pengguna Android ianya akan mula ditawarkan pada Julai 2021.

Menerusi pelancaran FavePay Later yang menawarkan pembayaran fleksibel tanpa faedah di aplikasi Fave, Fave mengolah semula cara generasi pengguna baru mendapat dan menggunakan kredit.

Pengguna Fave yang layak boleh membahagikan pembelian kepada tiga bayaran ansuran yang sama tanpa sebarang faedah.

Bayaran balik akan dibuat secara automatik setiap bulan, tanpa sebarang bayaran tambahan bagi pembayaran semula yang menepati waktu.

Tambahan pula, pelanggan juga akan menikmati pulangan tunai sehingga 10% dengan setiap pembelian.

FavePay Later kini tersedia di semua peruncit Fave di Singapura dan Malaysia, termasuk jenama-jenama premium popular seperti Pandora, Marks & Spencer, Best Denki, Puma, GNC dan sebagainya.

FavePay Later dilancarkan sewaktu pelaksanaan PerintahKawalan Pergerakan dan sekatan sosial yang berlanjutan, dengan ramai pengguna giat mencari akses kredit yang lebih mudah akibat masalah kewangan, serta peniaga yang meneroka cara inovatif untuk memulihkan jualan.

FavePay Later merupakan satu penyelesaian mudah untuk peniaga kerana tidak membabitkan integrasi atau platform tambahan.

Jadi, peniaga akan dapat menikmati keuntungan daripada peningkatan pelanggan baharu, pendapatan, dan kesetiaan pelanggan tanpa mengambil risiko tambahan, manakala pengguna dapat membuat pembelian dan membahagikan pembayaran kepada tiga ansuran tanpa faedah.

Seiring kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi terkemuka pada tahun 2021, Fave akan memperluas tawaran BNPL-nya kepada beberapa syarikat gergasi perdagangan dalam talian di Asia Tenggara menjelang separuh akhir tahun 2021.

maklumat lanjut di Fave

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.