Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro Experience Store terbesar kini dibuka di IOI City Mall, Putrajaya

Astro meraikan pembukaan Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini.

Kedai baharu ini menawarkan para pelanggan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro dan ini merupakan Astro Experience Store kedua selepas stor pertama di buka di Pulau Pinang sebelum ini.

Para pelanggan boleh menguji kesemua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, menanyakan nilai hebat pek-pek TV kami, mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi Astro Fibre atau cara-cara untuk berhibur dengan aplikasi Astro GO secara ‘on the go’.”

Para pelanggan juga berpeluang untuk membeli TV 4K atau komputer riba Levono hanya pada RM1 apabila mereka mendaftar atau menaik taraf untuk beberapa perkhidmatan Astro.

Pada masa yang sama, para pelanggan Astro boleh menunjukkan aplikasi My Astro untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif di kedai ini.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman kandungan yang mengasyikkan menerusi tawaran-tawaran program yang menyeluruh dan produk terkini termasuk Ultra Box serta Astro GO, di mana anda boleh strim siri drama terkini Projek: High Council, siri animasi televisyen Transformers: EarthSpark dan acara bersiaran secara langsung seperti Liga Perdana Inggeris tanpa gangguan cuaca.

Astro Experience Store terletak di tingkat tiga, IOI City Mall dan ianya menyediakan ruang yang hebat untuk para pembeli mencuba kesemua produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’. Tambahan pula, para pelanggan boleh bertanya mengenai promosi terkini, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box mereka dan banyak lagi. Antara kempen-kempen yang giat dijalankan adalah:

 Kempen WiFi Kencang + Pek Movies* yang menawarkan para pelanggan penjimatan RM29 apabila mereka melanggan WiFi Kencang 50Mbps dengan Pek Movies.
Tawaran eksklusif* untuk para pelanggan menikmati diskaun sehingga 6 bulan untuk pembelian pek terpilih di Astro Experience Store.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.