PPV Stadium Bukit Jalil akan dibuka 21 Jun ini dengan kapasiti 10,000 penerima vaksin setiap hari
Jawatankuasa khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 telah mengumumkan bahawa PPV Stadium Bukit Jalil akan mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaskin mulai 21 Jun ini.
Dengan pembukaan PPV Bukit Jalil, inya dijangka dapat memberi vaksinasi sehingga 10,000 orang setiap hari.
Ini merupakan inisiatif yang digerakkan selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
PPV Bukit Jalil dikatakan akan memfokuskan kepada penduduk sekitar Lembah Klang yang berusia 40 tahun dan ke bawah.
Selain itu, setakat tengah malam 18 Jun, sebanyak 5,510,720 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Selain itu, pada 18 Jun jumlah penerima vaksin Covid-19 harian adalah 180,066 yang sedikit kurang berbanding sasaran 200,000 penerima sehari.
Setakat ini, seramai 14,877,336 penduduk telah mendaftar untuk menerima vaksin iaitu sekitar 50% daripada penduduk Malaysia.