Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C25s kini ditawarkan pada harga RM 1 melalui pelan Maxis dan Hotlink


realme Malaysia telah mengumumkan bahawa realme C25s yang dilancarkan beberapa minggu lalu kini ditawarkan untuk pembelian melalui syarikat telekomunikasi Maxis dibawah pelan Hotlink dan pascabayar Maxis pada harga RM 1 sahaja.

Bagi pembelian realme C25s melalui Maxis Postpaid, sebanyak tiga pelan ditawarkan yang menawarkan telefon pintar ini pada harga RM 1 melalui kontrak 24-bulan.

Berikut adalah maklumat pelan Maxis Postpaid bagi realme C25s :

Maxis Postpaid 188 (RM 1 sebulan melalui Maxis Zerolution)

  • 100GB Kuota Internet
  • Panggilan & SMS tanpa had (semua rangkaian)
  • 4 talian tambahan

Maxis Postpaid 158 (RM 9 sebulan melalui Maxis Zerolution)

  • 80GB Kuota Internet
  • Panggilan & SMS tanpa had (semua rangkaian)
  • 3 talian tambahan

Maxis Postpaid 128 (RM 19 sebulan melalui Maxis Zerolution)

  • 60GB Kuota Internet
  • Panggilan & SMS tanpa had (semua rangkaian)
  • 3 talian tambahan

Maklumat lanjut mengenai pelan ini di > Maxis

Hotlink

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan realme C25s pada harga RM 1 melalui pelan Hotlink Postpaid 60 dan menebus kredit RM300 Jaringan Prihatin.

Pelan Hotlink Postpaid 60 ini hadir dengan kontrak 12 bulan dan ianya menawarkan 15GB Internet dan 15GB kuota YouTube sebulan serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

Selain itu, dengan menebus kredit Jaringan Prihatin anda juga dapat menikmati 60GB Internet Jaringan Prihatin sebulan.

Maklumat lanjut mengenai pelan Hotlink Postpaid bagi realme C25s di > Hotlink

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.