Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Janji temu perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM kini boleh ditempah di aplikasi MySejahtera

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2023, kesemua janji temu perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah melalui aplikasi MySejahtera.

Pengunaan aplikasi MySejahtera untuk melakukan janji temu melalui dijangka akan mengurangkan kesesakan dan pada peringkat permulaan, sebanyak 8 perkhidmatan kesihatan boleh ditempah di aplikasi ini.

8 perkhidmatan kesihatan yang kini boleh ditempah melalui aplikasi MySejahtera adalah :

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan Peka B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkhawinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (Rawatan Luka, Penukaran Tiub dan lain-lain)

Selain itu, anda boleh memilih fasiliti kesihatan yang berdekatan dan masa pilihan anda sewaktu menempah slot janji temu kesihatan dan boleh jadualkan semula atau batal slot tempahan janji temu pada bila-bila masa sahaja, di aplikasi MySejahtera

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.