Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi MySejahtera telah di kemaskini dengan paparan maklumat vaksinasi dan risiko yang lebih jelas – ciri checkout juga diperkenalkan

Aplikasi MySejahtera telah di kemaskini dengan paparan maklumat vaksinasi dan risiko yang lebih jelas - ciri checkout juga diperkenalkan 3

Aplikasi MySejahtera kini telah menerima kemaskini baharu yang memudahkan lagi paparan maklumat status vaksinasi pengguna dan kategori risiko mereka.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kemaskini baharu ini adalah sebagai persediaan negara memasuki fasa endemik iaitu hidup bersama covid-19 seperti penyakit endemik lain iaitu denggi.

Tidak seperti sebelum ini, apabila anda melakukan check-in di sesuatu premis, maklumat risiko dan status vaksinasi akan dipaparkan dengan lebih jelas yang memudahkan semakan sebelum anda dibenarkan masuk.

Sebagi contoh, jika anda telah menerima dua dos lengkap, kini akan terdapat satu kotak yang tertera ‘fully vaccinated’ manakala bersebelahan kotak itu adalah status risiko semasa anda (biru jika risiko rendah).

Selain itu, untuk pengesanan kontak yang lebih tepat, ciri check-out juga telah ditambah pada aplikasi MySejahtera yang mana sesudah anda keluar dari premis tersebut anda hanya perlu menekan ikon check-out tanpa perlu melakukan sebarang pengimbasan kod.

untuk mendapatkan ciri baharu MySejahtera ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi tersebut pada telefon pintar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.