Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemakaian pelitup muka dalam bangunan kini tidak wajib

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas PILIHAN (optional) berkuat kuasa serta merta.

Walaubagaimanapun pemilik premis mempunyai kebebasan untuk menentukan sama ada pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka atau tidak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan protokol pemakaian pelitup muka ini petang tadi namun kelonggaran ini dikecualikan pada kawasan tertentu.

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi situasi berikut:

Kes positif COVID-19 yang perlu ke CAC untuk jalani penilaian kesihatan;

Ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.

Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.