Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi sahkan teknologi pengecasan 200W HyperCharge tidak memberikan kesan kepada jangka hayat bateri

Xiaomi sahkan teknologi pengecasan 200W HyperCharge tidak memberikan kesan kepada jangka hayat bateri 5
Xiaomi telah menjawab beberapa pertanyaan mengenai teknologi pengecasan pantas 200W HyperCharge dan impak teknologi ini kepada jangka hayat bateri.

Xiaomi telah menjawab bagaimana ianya mampu mengelakkan kepanasan melampau ketika pengecasan dan kesan kepada bateri.

Menurut anggaran yang dilakukan oleh Xiaomi, bateri yang dicaj melalui teknologi ini akan kehilangan 20% daripada kapasiti selepas 800 kitaran pengecasan iaitu lebih dari 2 tahun penggunaan jika anda melakukan pengecasan penuh setiap hari.

Xiaomi sahkan teknologi pengecasan 200W HyperCharge tidak memberikan kesan kepada jangka hayat bateri 6

Ini bermaksud bateri 5,000mAh yang dimiliki peranti Xiaomi yang memiliki pengecasan 200W HyperCharge hanya akan memiliki kapasiti 4,000mAh selepas 800 kitaran pengecasan.

Selain itu, Xiaomi juga berkata bahawa pihak berkuasa China meletakkan syarat bahawa kapasiti bateri selepas 400 kitaran adalah sekurang-kurangnya 60% dan Xiaomi telah mengatasi syarat ini.

Walaubagaimanapun, tidak kira apa jenis pengecasan yang anda gunakan, kapasiti bateri dijangka akan berkurangan selepas 800 kitaran kerana haba yang dihasilkan ketika pengecasan akan memberikan kepada kapasiti bateri dalam masa jangka panjang.

Memandangkan semua bateri kehilangan kapasiti sebenar selepas beberapa tahun, Xiaomi telah membuktikan bahawa teknologi 200W HyperCharge tidak ‘membunuh’ bateri didalam masa yang singkat.

Ini juga memberikan harapan kepada kita bahawa teknologi 200W HyperCharge mungkin sudah bersedia untuk ditawarkan kepada pengguna didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.