Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Galaxy 48 Hour Flash Deal : Dapatkan e-baucar bernilai RM 400 dengan pembelian peranti Samsung Galaxy pada 13 & 14 Jun ini


Samsung telah mengumumkan promosi Galaxy 48 Hour Flash Deal yang memberikan anda e-baucar bernilai RM 400 dengan pembelian peranti Samsung Galaxy bernilai RM 4,000 dan ke atas (dalam satu resit).


Promosi yang akan berlangsung pada 13 Jun (12 tengah malam) sehingga 14 Jun (11.59 
Malam) akan menawarkan anda baucar bernilai RM 400 bagi pembelian produk Samsung yang seterusnya dan ianya terhad kepada 2,600 penebusan pertama sahaja.

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM 4,000 bagi pembelian peranti Samsung Galaxy dan ianya tidak terhad kepada satu pembelian sahaja.

Sebanyak 98 produk Samsung Galaxy ditawarkan didalam kempen ini dan senarai penuh peranti boleh dilihat di SINI

Berikut adalah cara untuk anda menebus e-baucar RM 400 ini :

  1. Beli produk Samsung Galaxy yang berjumlah RM 4,000 didalam satu resit
  2. Layari https://samsung-redemption.com/customer/#/sasso/MY-evoucher-44 dan isi maklumat peribadi serta bukti pembelian
  3. Selepas disahkan, e-baucar anda akan dihantar ke alamat emel dan boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Promosi Galaxy 48 Hour Flash Deal ini ditawarkan melalui pelbagai saluran jualan rasmi seperti yang disenaraikan di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.