Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Book dan realme Pad bakal diperkenalkan pada 15 Jun ini

gambar : Android Authority
realme dijadualkan untuk mengadakan pelancaran realme 5G GT ke pasaran global pada 15 Jun ini dan ianya dilihat akan turut menyaksikan penampilan komputer riba dan tablet pertama keluaran syarikat ini.

Pelancaran komputer riba dan tablet realme ini bukan hanya yang pertama buat syarikat ini malah ia juga adalah yang pertama bagi syarikat dibawah BBK Electronics.


Selain itu, komputer riba pertama realme ini dijangka akan dikenali sebagai realme Book manakala tablet syarikat ini pula akan hadir dengan nama realme Pad.

Dalam pada itu, pelancaran komputer riba dan tablet ini adalah sebahagian daripada strategi 1+4+N yang telah menyaksikan hampir 50 produk AIoT dilancarkan pada tahun 2020 dengan 100 produk lagi akan dilancarkan sepanjang tahun ini.

sumber : Android Authority 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.