Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : REDMI A7 Pro – Entry Level ‘Pro’ dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 1

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 2

Pengenalan

Dalam pasaran telefon bajet yang semakin padat, REDMI A7 Pro muncul sebagai model “Pro” pertama dalam keluarga REDMI A yang dilihat sebagai  percubaan terbaru menaikkan standard kategori entry-level. Ia bukan sekadar telefon pintar asas, tetapi lebih kepada peranti yang fokus pada pengalaman harian dengan skrin paparan Adaptive 120Hz untuk tontonan imersif dan bateri tahan lama untuk penggunaan sepanjang hari.

Jadi persoalannya, adakah REDMI A7 Pro benar-benar mampu memberikan pengalaman “Pro” dalam kelasnya, atau sekadar penjenamaan semata-mata? Itu yang kita akan lihat dalam review ini.

REDMI A7 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 399 dan teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon pintar ini.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 3

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, REDMI A7 Pro menampilkan binaan yang nipis dan ringan, menjadikannya selesa untuk digenggam serta digunakan dalam tempoh yang lama. Ianya memiliki ketebalan sekitar 8.15mm dan berat 208g, menjadikanya masih seimbang di tangan tanpa rasa terlalu berat, sesuai untuk kegunaan harian sama ada untuk kerja mahupun hiburan.

Dari segi ketahanan, REDMI A7 Pro dibina dengan standard ujian yang agak ketat untuk memastikan penggunaan jangka panjang lebih diyakini. Peranti ini telah melalui sehingga 500,000 kali ujian tekan butang kuasa, 10,000 kali ujian port pengecasan, 5,000 kali ujian bicu fon kepala serta ratusan ujian tekanan melalui roller test. Ini menunjukkan setiap komponen fizikal direka untuk tahan lasak dalam penggunaan harian—sama ada kerap cas, cucuk earphone atau tekan butang berkali-kali.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 4

Menariknya, butang kuasa pada sisi juga digabungkan dengan sensor cap jari, membolehkan pengguna membuka kunci telefon dengan pantas dan lebih selamat dalam satu gerakan sahaja. Kedudukan di bahagian sisi ini juga lebih ergonomik, mudah dicapai sama ada menggunakan tangan kiri atau kanan, menjadikan pengalaman penggunaan lebih praktikal seiring dengan fokus peranti ini terhadap fungsi harian yang tahan dan boleh diharap.

Selain itu, reka bentuk REDMI A7 Pro juga memiliki  sentuhan moden yang diinspirasikan daripada elemen alam semula jadi. Gabungan warna dan tekstur yang diolah dengan gaya kontemporari memberikan penampilan yang nampak premium serta kekal relevan dalam jangka masa panjang.

Untuk pasaran Malaysia, REDMI A7 Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, mist blue dan sunset orange. Antara ketiga-tiganya, warna sunset orange boleh dikatakan paling mencuri perhatian dan menjadi pilihan ramai kerana tampil lebih berani dan menyerlah berbanding warna lain.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 5

Namun begitu, dari sudut paparan, masih kelihatan penggunaan bezel sisi dan dagu bawah yang agak tebal berbanding telefon pintar kelas atasan. 

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 6

Selain itu, REDMI A7 Pro masih mengekalkan bicu audio 3.5mm. Walaupun ciri ini semakin jarang digunakan pada telefon moden, ia masih berguna bagi pengguna yang menggunakan earphone berwayar tanpa perlu bergantung kepada adapter atau aksesori tambahan.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 7

Skrin Paparan

REDMI A7 Pro tampil dengan skrin LCD berukuran 6.9-inci dengan resolusi HD+ yang memberikan pengalaman visual yang lebih luas dan imersif, sama ada untuk menonton video, melayari media sosial atau membaca. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, menjadikan setiap visual pada skrin terasa lebih lancar dan responsif dalam penggunaan harian.

Apa yang lebih menarik, skrin ini kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terik. Dengan tahap kecerahan sehingga 800 nits (HBM), kandungan pada skrin masih mudah dilihat tanpa perlu bersusah payah mencari kawasan teduh.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 8

Dalam masa yang sama, REDMI A7 Pro juga memberi perhatian kepada keselesaan mata pengguna. Ia hadir dengan tiga pensijilan daripada TÜV Rheinland, bersama teknologi DC dimming yang membantu mengurangkan cahaya biru dan menghapuskan kelipan yang ketara. Ini menjadikan pengalaman penggunaan dalam tempoh yang lama lebih selesa dan kurang memenatkan mata.

Tambahan pula, teknologi Wet Touch 2.0 memastikan skrin REDMI A7 Pro kekal responsif walaupun jari dalam keadaan basah, berminyak atau bersabun. Ini memberi kemudahan tambahan dalam situasi harian, terutamanya ketika menggunakan telefon di dapur atau selepas mencuci tangan serta membuka aplikasi penghantaran Grab didalam hujan.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 9

Pemproses

Dari segi prestasi, REDMI A7 Pro dikuasakan oleh cipset Unisoc T7250 yang menawarkan pengalaman penggunaan yang stabil untuk tugasan harian. Dipadankan dengan storan berkelajuan tinggi UFS 2.2, ia membantu mempercepatkan proses buka aplikasi, pemindahan data serta menjadikan sistem lebih responsif secara keseluruhan.

Peranti ini turut mencatat skor sekitar 397,117 mata dalam ujian AnTuTu, yang menunjukkan prestasi yang memadai untuk penggunaan harian seperti media sosial, penstriman video dan multitasking ringan.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 10

Dari segi memori, ia hadir dengan 4GB RAM fizikal dan turut menyokong extension RAM yang boleh menambah kapasiti sehingga 8GB secara keseluruhan, memberi sedikit kelebihan dalam pengurusan aplikasi yang lebih lancar. Untuk storan pula, pengguna boleh memilih antara 64GB atau 128GB mengikut keperluan, sama ada untuk penggunaan asas atau penyimpanan fail yang lebih banyak.

Menariknya, REDMI A7 Pro hadir dengan sistem operasi HyperOS 3 yang berasaskan Android 16 dan ini menjadikanya sebagai antara model entry-level pertama untuk tampil dengan perisian terkini Xiaomi.

Ini bermaksud, REDMI A7 Pro juga hadir dengan ciri Xiaomi HyperIsland yang memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai maklumat dalam satu tempat. Ia direka untuk memberi kawalan yang lebih pantas di hujung jari, membolehkan pengguna menyemak info dengan cepat, bertukar antara skrin dengan lebih lancar, serta menggunakan widget dengan hanya swipe ke bawah. Selain itu, pengguna juga boleh berkongsi kandungan dengan lebih mudah hanya dengan menyeret (drag) apa yang diinginkan, menjadikan pengalaman penggunaan lebih praktikal dan efisien.

Dalam masa yang sama, peranti ini juga menyokong fungsi Circle to Search with Google, yang membolehkan pengguna mencari maklumat dengan segera berdasarkan apa yang dipaparkan di skrin. Tanpa perlu keluar dari aplikasi atau mengambil screenshot, pengguna hanya perlu bulatkan, highlight, conteng atau tekan pada imej, video atau teks untuk terus melakukan carian di Google. Ciri ini menjadikan proses mencari maklumat lebih cepat, intuitif dan mudah dalam penggunaan harian.

Seterusnya, REDMI A7 Pro juga dijanjikan akan menjadi ‘smooth operator’ walaupun selepas 48 bulan digunakan yang bermaksud prestasi dan pengalaman perisian adalah sama seperti pada hari pertama ianya digunakan.

Dalam pada itu, Xiaomi Interconnectivity juga disertakan namun ianya lebih kepada versi ‘lite’ dengan hanya fungsi Xiaomi Share, Call Sync dan Shared Clipboard disertakan.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 3

Kamera

Untuk bahagian kamera, REDMI A7 Pro hadir dengan sistem 13MP AI dual camera yang menggunakan kombinasi satu sensor utama dan satu sensor tambahan bagi membantu depth serta pemprosesan imej. Sensor utama bersaiz sekitar 1/3.06” dengan aperture f/2.2 ini direka untuk menangkap lebih banyak cahaya, malah Xiaomi mendakwa peningkatan light intake sehingga 13% berbanding generasi sebelum ini, sekaligus membantu hasil gambar nampak lebih terang dan seimbang.

Dalam penggunaan sebenar, kombinasi sensor ini bersama teknologi HDR+ memberi kelebihan pada situasi pencahayaan mencabar—contohnya backlight atau kawasan kontras tinggi—di mana detail pada bahagian terang dan gelap masih boleh dikekalkan dengan baik. Warna yang dihasilkan cenderung vivid dan cukup “hidup” untuk kelas entry-level, walaupun dari segi ketajaman, ia lebih sesuai untuk kegunaan harian seperti media sosial berbanding fotografi detail tinggi.

Untuk keadaan low-light, fungsi Night Mode membantu meningkatkan exposure dan mengurangkan noise, menjadikan gambar malam masih boleh digunakan tanpa terlalu gelap. Walaupun begitu, disebabkan saiz sensor yang kecil, hasilnya masih bergantung pada kestabilan tangan dan sumber cahaya sekeliling—jadi jangan expect tahap flagship, tapi untuk harga dan kategori, ia sudah memadai untuk tangkap suasana malam dengan jelas.

Di bahagian hadapan, kamera 8MP pula menyokong fungsi Beautify yang memberikan sentuhan enhancement secara natural, sesuai untuk selfie atau video call. Pemprosesan AI membantu melembutkan tona kulit tanpa nampak terlalu over, walaupun kadang-kadang boleh nampak sedikit “processed” jika digunakan secara maksimum.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 12

Tambahan pula, ciri seperti AI Sky memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah latar langit secara automatik—daripada cuaca mendung kepada sunset atau langit malam—menjadikan gambar lebih menarik walaupun diambil dalam keadaan biasa.

 

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 13

Secara keseluruhan, kamera REDMI A7 Pro lebih fokus kepada kemudahan penggunaan dan hasil yang konsisten untuk kegunaan harian, bukannya prestasi fotografi profesional

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 24

Bateri

Pada bahagian bateri, REDMI A7 Pro hadir dengan bateri berkapasiti  6000mAh dimana dengan penggunaan sebenar, bateri ini mampu bertahan sehingga sekitar 2 hari penggunaan ringan, atau lebih dari sehari untuk penggunaan normal seperti media sosial, video dan komunikasi harian.

Selain kapasiti besar, Xiaomi turut fokus pada ketahanan jangka panjang di mana bateri ini akan mengekalkan prestasi yang baik walaupun selepas lebih 1,000 kitaran pengecasan.

Dari segi pengecasan pula, REDMI A7 Pro menyokong pengecasan 15W, yang boleh dianggap standard untuk kategori ini.

ULASAN : REDMI A7 Pro - Entry Level 'Pro' dengan bateri 6,000mAh dan HyperOS 3 25

Penutup

Xiaomi REDMI A7 Pro boleh dianggap sebagai sebuah smartphone entry-level yang seimbang untuk kegunaan harian, dengan fokus utama pada bateri tahan lama, skrin besar dan pengalaman penggunaan yang praktikal.

Di Malaysia, REDMI A7 Pro ditawarkan pada harga sekitar RM399 hingga RM449, bergantung kepada variasi storan. Ia hadir dengan pilihan 4GB RAM + 64GB storan dan 4GB RAM + 128GB storan.

Secara keseluruhan, jika anda mencari telefon bajet dengan bateri besar, paparan luas dan fungsi asas yang lengkap tanpa perlu berbelanja tinggi, REDMI A7 Pro adalah pilihan yang cukup berbaloi dalam segmennya.

Dapatkan REDMI A7 Pro di stor rasmi Xiaomi Malaysia atau secara atas talian di laman rasmi Xiaomi Malaysi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.