Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp bakal menawarkan ciri pemindahan Chat History ke nombor telefon lain – pindahan antara iOS dan Android juga akan ditawarkan


Aplikasi permesejan popular WhatsApp dilaporkan bakal menawarkan ciri memindahkan sejarah perbualan ‘chat history’ dari satu nombor ke satu nombor yang lain.

Proses pemindahan sejarah perbualan dalam WhatsApp adalah sedikit rumit kerana ianya hanya menyokong satu nombor telefon dan bukanya satu pemilik akaun.

Walaubagaimanapun, perkara ini dilihat akan berubah kerana WhatsApp akan membawakan fungsi migrasi sejarah perbualan dari satu nombor telefon ke satu nombor telefon yang lain.

Fungsi ini sudah pastinya berguna bagi yang memiliki dua telefon atau bagi yang berniat untuk mengubah nombor telefon mereka.

Selain itu, WhatsApp juga bakal membawakan ciri pemindahan data antara peranti Android kepada iOS.

Walaubagaimanapun setakat ini masih belum ada tarikh bila ciri ini akan mula ditawarkan kepada pengguna namun berdasarkan screenshot yang telah dikeluarkan, ciri ini dijangka akan tiba didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.