Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan terkumpul global Xiaomi Mi 11, Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra kini adalah 3 juta unit


Xiaomi secara telah mengumumkan bahawa sebanyak 3 juta unit telefon pintar Mi 11, Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra telah berjaya terjual setakat ini.

Selain itu, Xiaomi juga mendakwa bahawa ketiga-tiga telefon pintar ini mempunyai jumlah jualan tertinggi bagi kategori telefon pintar Android dengan harga dari CNY 4,000- CNY 6,000.

Dalam pada itu, Xiaomi tidak mengumumkan sebarang pecahan unit yang terjual di China mahupun di pasaran antarabangsa namun daripada 3 juta unit ini, sebahagian besar unit yang terjual adalah dikatakan adalah di pasaran China.

Walaubagaimanapun, penawaran tiga telefon pintar flagship Xiaomi ini di lebih banyak pasaran seluruh dunia sudah pasti akan membantu meningkatkan lagi penjualan.

Bagi pasaran Malaysia, Mi 11 ditawarkan pada harga dari RM 2,999 manakala Mi 11 Ultra pula hadir dengan harga RM 4,299.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.