Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia – RM 129 sahaja

Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia - RM 129 sahaja 1

Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia - RM 129 sahaja 2
Alat pengesan Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 129 dan bukanya RM 149 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Apple AirTag kini telah mula ditawarkan di Apple Online Store dan ianya akan turut ditawarkan melalui pengedar rasmi Apple di Malaysia antaranya ialah Switch dan Machine namun  syarikat ini masih belum mengumumkan bila ianya akan dijual.

Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia - RM 129 sahaja 3

Selain itu, pengedar rasmi ini juga mengesahkan mereka akan menawarkan AirTag didalam dua pek iaitu 1 pek yang mengandungi 1 unit AirTag pada harga RM 129 dan 1 pek yang mengandungi 4 pek pada harga RM 459 ( penjimatan sebanyak RM 57).

Walaubagaimanapun, Apple Online Store tidak menawarkan pilihan untuk membeli pek yang mengandungi 4 AirTag namun anda sudah boleh membuat pembelian bagi 1 unit AirTag yang mana tarikh penghantaran adalah antara 2-4 minggu dan terdapat juga perkhidmatan ukiran percuma.

Beli Apple AirTag di Apple Online Store.

Jika anda berminat untuk mendapatkan 4 unit AirTag, anda mungkin boleh menunggu sehingga pengedar rasmi di Malaysia mula menawarkanya tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.