Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO K9 5G kini rasmi dengan Skrin OLED 90Hz dan cipset Snapdragon 768G pada harga sekitar RM 1,273

Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo K9 5G di pasaran China.

Oppo K9 5G dilengkapi skrin paparan AMOLED 90Hz berukuran 6.43-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan sensor capjari generasi ke-6 daripada Goodix.

Selain itu, Oppo K9 5G hadir dengan cipset Snapdragon 768G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera, Oppo K9 5G mempunyai tiga sensor kamera dibelakang iaitu satu sensor 64MP, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Oppo K9 5G juga mempunyai bateri berkapasiti 4,300mAh yang turut membawakan kebolehan pengecasan pantas 65W.

Lain-lain spesifikasi Oppo K9 5G adalah bicu audio 3.5mm, 3D liquid cooling, antena 360°, dual-5G (SA/NSA), ColorOS 11.1 (Android 11).

Oppo K9 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan gradient pada harga seperti dibawah :

Oppo K9 5G 8GB RAM/128GB – CNY1,999 (RM 1,273)

Oppo K9 5G 8GB RAM/256GB – CNY 2,199 (RM 1,410)

Juala di China akan bermula 11 Mei namun buat masa ini belum ada sebarang maklumat mengenai penawaran di pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.