Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kini merupakan syarikat telefon pintar No.1 di Malaysia


Laporan terbaru Canalys bagi pasaran telefon pintar Malaysi telah mendedahkan bahawa Xiaomi kini bergelar syarikat telefon pintar No.1 di Malaysia dengan 28% pegangan pasaran iaitu peningkatan tahunan (berbanding suku pertama 2020) sebanyak 319%.

Pertumbuhan luar biasa daripada Xiaomi ini dilihat didorong oleh pelancaran pelbagai model telefon pintar yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Selain itu, populariti telefon pintar Redmi dan Poco juga dilihat sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan Xiaomi mendominasi pasaran Malaysia setakat suku pertama 2021 ini.

Vivo yang sebelum ini berada di tempat pertama kini jatuh ke tangga kedua dengan 21% pegangan pasaran iaitu peningkatan sebanyak 40% berbanding suku pertama 2020.

Samsung pula telah naik ke tangga ketiga dengan 17% pegangan pasaran dan ianya didorong oleh kejayaan siri Galaxy S21 dan siri Galaxy A.

Oppo kini ditempat keempat dengan 14% pengangan pasaran manakala realme kekal ditangga kelima namun kedua-dua syarikat ini juga mencatatkan pertumbuhan positif pada suku pertama 2021 yang berakhir Mac.

sumber : Canalys

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.