Televisyen HUAWEI Vision S kini di Malaysia didalam dua saiz pada harga dari RM 2,999 sahaja
HUAWEI Malaysia secara rasminya telah melancarkan televisyen HUAWEI Vision S Series ke pasaran tempatan dan ianya ditawarkan pada harga dari RM 2,999 sahaja.
HUAWEI Vision S Series ditawarkan didalam dua pilihan saiz iaitu 55-inci dan 65-inci dan pra-tempahan bagi TV ini kini telah dibuka.
HUAWEI Vision S Series hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView 4K dengan kadar segar semula 120Hz, kamera magnetik 13MP, sistem operasi HarmonyOS dan panggilan video HUAWEI MeeTime.
Selain itu, HUAWEI Vision S Series hadir dengan 4 speaker HUAWEI Sound yang menjanjikan sistem audio imersif seperti teater.
Seterusnya, HUAWEI Vision S Series juga dilengkapi sokongan HUAWEI Share, pembantu suara Hey Celia, mod AI Speaker, akses stor aplikasi HUAWEI AppGallery dan banyak lagi.
HUAWEI Vision S 55” ditawarkan pada harga RM 2,999 namun anda boleh mendapatkan rebat serta merta bernilai RM 200 dengan membuat pra-tempahan sekarang sehingga 12 Mei 2020.
Dapatkan Baucar rebat RM 200 di SINI
HUAWEI Vision S 65” pula ditawarkan pada harga RM 3,999 dan pra-tempahan juga kini telah dibuka mulai hari ini sehingga 2 Mei 2021 dimana setiap pra-tempahan akan menerima modem HUAWEI WiFi AX3 (Quad-Core) dan HUAWEI FreeLace Pro secara percuma.
Selain melalui HUAWEI Online Store, HUAWEI Vision S juga boleh dibeli di stor HUAWEI Experience, Sengheng, Lazada, Shopee dan Astro Go Shop.
Dapatkan HUAWEI Vision S 55” di Shopee
Dapatkan HUAWEI Vision S 65” di Lazada
HUAWEI juga menyediakan pemasangan percuma bagi Vision S namun terdapat caj tambahan jika mahu ianya dipasang pada dinding (RM 130 bagi Vision S 55” dan RM 180 bagi Vision S 65”).
Baca Ulasan : HUAWEI Vision S Series – Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global