Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V21 dan Vivo V21e kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,299 sahaja


Vivo secara rasminya telah melancarkan siri Vivo V21 ke pasaran Malaysia dan dua telefon pintar siri V21 yang dilancarkan di Malaysia adalah Vivo V21 dan Vivo V21e.

Vivo V21

Vivo V21 hadir dengan skrin paparan AMOLED 90Hz berukuran 6.44-inci, pemproses MediaTek Dimensity 800U (4G), 8GB RAM + 3GB Extended RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Vivo V21 juga hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 44MP yang juga mempunyai OIS seperti sensor utama.

Vivo V21 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 33W.

Vivo V21e

Vivo V21e juga hadir dengan skrin paparan AMOLED 90Hz berukuran 6.44-inci namun pemproses yang digunakan pada V21e adalah Snapdragon 720G dan ianya juga mempunyai 8GB RAM serta 128GB storan dalaman.

Beralih kepada sensor kamera pula, Vivo 21e juga menampilkan penggunaan sensor utama 64MP namun tanpa OIS dan sensor utama ini juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie V21e adalah 44MP namun tiada OIS.

Vivo V21e juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dan pengecasan pantas 33W juga turut disertakan.

Harga dan promosi pra-tempahan

V21 ditawarkan pada harga RM1,599, manakala V21e ditawarkan pada harga RM1,299.

Setiap pra-tempahan akan menerima waranti lanjutan selama 1 tahun, perlindungan keretakan skrin selama 1 tahun, rebat segera bernilai RM50 (ShopeePay dan Lazada Wallet) dan sebuah hadiah eksklusif yang masing-masingnya bernilai RM699 dan RM599.

Mulai 27 April 2021, kedua-dua varian siri vivo V21 boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pengedar bertauliah vivo, dan e-Kedai rasmi vivo, kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.