Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ulasan HUAWEI Vision S Series – Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 19
Ulasan HUAWEI Vision S Series – Sebuah Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global

Selepas kajian meluas mengenai permintaan pengguna, HUAWEI telah memperkenalkan strategi produk Seamless AI Life dan konsep “1+8+N”

HUAWEI Vision S Series , sebuah peranti yang sentiasa digunakan oleh pengguna kini menawarkan sokongan yang penting kepada strategi produk HUAWEI ini.

Tambahan lagi, sebagai sebuah peranti baharu yang menguruskan kediaman pintar dimasa hadapan, HUAWEI Vision S Series melambangkan cita-cita HUAWEI didalam pasaran global dan berfungsi sebagai satu tunggak utama didalam ekosistem Seamless AI Life.

HUAWEI Vision S Series juga menghasilkan satu ikatan yang kukuh dengan pengguna dan membuka kemungkinan baharu didalam interaksi antara manusia dan mesin didalam pelbagai senario kehidupan harian seperti cadangan kandungan hiburan, multi-screen collaboration dan banyak lagi.

HUAWEI Vision S Series bukan sebuah televisyen pintar, tetapi adalah sebuah produk yang mempunyai potensi yang lebih luas dan bakal berhubung dengan lebih banyak peranti pintar rumah AI dan IoT.

HUAWEI Vision S Series tidak hanya menyediakan hiburan audio dan video, tetapi yang lebih penting lagi, ia memberikan pengalaman yang diperkaya dan diperibadikan dalam setiap aspek kehidupan di rumah, berkat interaksi pintar multi-modalnya, yang direalisasikan oleh pengkomputeran, persepsi dan perhubungan yang kuat.

HUAWEI Malaysia telah memberikan kami akses awal kepada HUAWEI Vision Series S dan berikut ulasan kami tentang ciri-ciri penting yang menjadikanya lebih dari sebuah televisyen pintar.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 20

Kamera Magnetik 13MP

Eh Televisyen pun ada kamera ke?, ya betul, HUAWEI Vision S Series disertakan dengan sebuah kamera magnetik 13MP yang merupakan sebuah komponen ‘plug & play’

HUAWEI Vision S Series mempraktikan prinsip yang sama pada reka bentuk televisyen ini dan kamera magnetik ini membolehkan pelbagai fungsi pintar seperti panggilan video yang lebih imersif , kamera untuk fotografi potret keluarga dan pelbagai fungsi AI yang lain.

Selain itu, tidak banyak TV dipasaran yang hadir dengan kamera dan sebab utama ianya berlaku mungkin disebabkan isu privasi kepada pengguna kerana tidak tahu bila kamera ini sedang digunakan.

Walaubagaimanapun, masalah ini tidak wujud dengan reka bentuk kamera magnetik pada HUAWEI Vision S Series yang boleh diputar 180° atau dicabut sahaja dengan mudah.

Kamera magnetik yang disertakan pada HUAWEI Vision S Series juga boleh digunakan sebagai kamera untuk anda mengambil gambar ketika momen penting seperti parti hari jadi, perayaan dan banyak lagi.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 21

MeeTime Video Call

Panggilan video pada telefon pintar kini adalah satu kisah lama, dengan Huawei Vision Series S, melangkah ke era Smart Home adalah lebih mudah.

Panggilan video MeeTime kini boleh dilakukan terus dari Huawei Vision S atau mana-mana sahaja peranti yang mempunyai aplikasi MeeTime.

Jika anda menerima panggilan pada telefon pintar, anda juga boleh memindahkan panggilan MeeTime kepada Televisyen dengan satu langkah yang mudah dan menikmati panggilan video 1080p pada resolusi 1920 x 1080

Dalam pada itu, MeeTime Video adalah satu platform panggilan video yang versatil kerana ianya membolehkan panggilan video antara dua unit Vision S, antara Vision S dan telefon pintar, Vision S dan tablet atau komputer riba.

Selain itu, bagi memastikan pengguna menikmati panggilan video yang sangat lancar, Vision Series juga akan mengesan keadaan rangkaian internet dan melaras resolusi video MeeTime (1080p, 720p atau 480p).

Untuk menggunakan Huawei MeeTime Video, pengguna hanya perlu log masuk atau mendaftarkan Huawei ID.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 22

Huawei Sound – 4 Speaker 10W untuk Pengalaman Audio Sinematik di rumah

HUAWEI telah memberikan perhatian penuh kepada kualiti bunyi yang dihasilkan oleh HUAWEI Vision S Series untuk mengekalkan standard audio yang tinggi.

HUAWEI Vision S Series telah mendapat sentuhan dari segi reka bentuk profesional dan penentukuran oleh pakar akustik terkemuka dari seluruh pelusuk dunia, untuk memberikan anda prestasi audio kelas pertama.

HUAWEI Vision S Series dilengkapi dengan 4 speaker 10W yang terdiri daripada 2 pembesar suara frekuensi penuh + 2 unit pembesar suara frekuensi tinggi – bersama dengan rongga suara 1L untuk menghasilkan bunyi yang kaya dan mendalam yang dicirikan oleh bass yang ‘meletup’ dan treble yang lantang.

HUAWEI Vision S Series juga mempunyai fungsi untuk memainkan muzik yang berterusan walaupun skrin ditutup.

Walaubagaimanapun, HUAWEI Vision S Series kekal pintar seperti sediakala dimana ianya masih mampu mendengar arahan suara anda melalui Hey Celia!.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 23
Skrin Paparan 4K FullView 120Hz

HUAWEI Vision S Series akan ditawarkan dengan panel skrin FullView yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan resolusi 4K.

Selain itu, televisyen pintar HUAWEI ini juga dilengkapi Advanced Motion Estimation and Motion Compensation (MEMC) yang memastikan transisi kandungan pada skrin adalah sentiasa lancar dan imersif tanpa sebarang kekurangan kualiti malah ianya jauh lebih baik berbanding panel skrin 60Hz yang biasa ditawarkan pada kebanyakkan televisyen dipasaran.

HUAWEI Vision S Series dijangka akan ditawarkan didalam beberapa saiz skrin antaranya adalah 55-inci dan 65-inci.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 24

DCI-P3 merupakan satu standard warna yang popular didalam sinematografi digital dan HUAWEI Vision S Series mempunyai kadar DCI-P3 92% yang memastikan penghasilan warna yang lebih tepat.

Sebagai perbandingan, kebanyakkan TV dipasaran dengan harga penjualan yang sama hanya mempunyai kadar ketepatan warna DCI-P3 70% sahaja.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 25

Aplikasi Huawei Vision S membantu memudahkan lagi navigasi sistem pada televisyen

Tidak seperti kebanyakkan televisyen pintar dipasaran, HUAWEI Vision S Series juga mempunyai aplikasi android khas yang boleh dimuat turun pada telefon pintar anda.

Dengan aplikasi ini, anda boleh melakukan navigasi pada televisyen HUAWEI Vision S Series dengan lebih mudah tanpa bergantung kepada alat kawalan semata-mata.

Sebagai contoh, anda perlu mencari filem kegemaran di aplikasi HUAWEI Video, pengalaman menaip adalah lebih mudah jika menggunakan telefon pintar berbanding alat kawalan.

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 26
Bantuan Suara Virtual Hey Celia!

Sepanjang ulasan HUAWEI Vision S Series ini,

Kami juga amat tertarik dengan kebolehan HUAWEI Voice Assistant iaitu Hey Celia yang mampu mengesan arahan suara anda walaupun jauh dari televisyen.

Hey Celia membolehkan anda menyuruh televisyen anda memainkan muzik secara automatik, melaras kelantangan bunyi dan banyak lagi.

Ini adalah satu cara baharu untuk anda berinteraksi bersama televisyen HUAWEI Vision S Series.

Terokai kehebatan HUAWEI Vision S Series di HUAWEI Experience Store berdekatan anda

HUAWEI Vision S Series semakin hampir ke pasaran Malaysia dan anda kini boleh mengalami sendiri kehebatan televisyen terbaru ini di lebih 30  HUAWEI Experience Store (HES) dan juga di galeri jualan Sunway Velocity TWO.

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri apabila anda mencuba sendiri HUAWEI Vision S di HUAWEI Experience Store (HES) yang terpilih.

Kunjungi HUAWEI Experience Store yang berdekatan anda untuk merasai sendiri pengalaman HUAWEI Vision S Series

Ulasan HUAWEI Vision S Series - Peranti Yang Bakal Mengubah Industri Televisyen Pintar Global 23

Penutup

HUAWEI Vision S Series dilihat mampu merevolusikan pasaran televisyen pintar di Malaysia dan global kerana ianya hadir dengan beberapa ciri unik yang hanya dapat diberikan oleh syarikat ini kerana kepakaranya didalam pasaran telefon pintar.

Selain itu, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat harga bagi HUAWEI Vision S Series ini didedahkan dan ianya dijangka akan menjadi satu aspek yang penting didalam menentukan samada televisyen ini berjaya memecah dominasi syarikat gergasi lain dipasaran TV yang amat kompetitif.

Berikut adalah video tentang HUAWEI Vision S Series :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.