Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pek NJOI HD dengan 10 saluran HD kini ditawarkan pada harga RM 15 sebulan


Bermula 28 April 2021, pelanggan NJOI berpeluang untuk menonton program-program kegemaran masing-masing dalam versi berdefinisi tinggi atau HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu.

Pek ini menampilkan sepuluh (10) saluran HD pada harga RM15 untuk langganan selama 30 hari.


Pelanggan kini juga boleh menikmati dan merasai pengalaman yang cukup mudah untuk melakukan sebarang pembelian tambah nilai ke atas kredit prabayar dan melayari sajian kandungan dan memilih seleksi pek yang disediakan menerusi aplikasi terbaharu, My NJOI.

Memperkenalkan NJOI HD, pengalaman tontonan bertaraf premium, khas buat pelanggan

Pek NJOI HD membolehkan pelanggan menonton program-program kegemaran masing-masing seperti filem, aksi sukan secara siaran langsung, dokumentari, sajian drama terbaharu dan variasi rancangan tempatan dengan lebih jelas, dalam versi berdefinisi tinggi (HD).

Sepuluh saluran tersebut adalah Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.

Untuk Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran Astro Oasis.

Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati program-program menarik berikut dalam versi berdefinisi tinggi (HD) seperti siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’, serta sajian drama Melayu terhebat seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’, berita-berita mutakhir di ‘Awani 7.45’ dan ‘Evening Edition’, program-program antarabangsa seperti ‘Beyond Evil’, ‘You Are My Hero’ dan ‘Dil Se Dik Tak’; serta rancangan menarik kanak-kanak, termasuklah ‘Upin & Ipin’, ‘Didi & Friends’, ‘Ejen Ali’ dan banyak lagi.

Bagi peminat bola di saluran NJOI, anda kini boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di saluran-saluran yang disediakan khas.

‘Sports Pass’ ini hanya berharga RM70 bagi  pembelian ‘early bird’ iaitu mulai 5 Mei – 31 Mei 2021.

Menariknya lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja.

Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka. Dua promosi tersebut adalah:

  • Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.
  • Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari www.njoi.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.