Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 1

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 2
Seperti yang kami laporkan, Xiaomi juga telah melancarkan Mi Smart Band 6 ke pasaran global dan ianya tampil pada harga penjualan yang amat kompetitif.

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 3

Xiaomi Mi smart Band 6 menampilkan skrin paparan Full Screen AMOLED yang berukuran 1.56-inci dan ianya adalah 50% lebih besar berbanding skrin paparan Mi Smart Band 5.

Skrin paparan ini juga mempunyai resolusi 152 x 486 piksel dengan kepadatan piksel 326ppi.

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 4

Selain itu, Mi Smart Band 6 juga menawarkan bacaan SpO2 selain bacaan kadar degupan jantung 24/7.

Pada bahagian bateri, Mi Smart Band 6 menawarkan kapasiti bateri 125mAh yang sama seperti pada generasi lalu dan ianya menjanjikan sehingga 14 hari pengunaan.

 

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 5Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 6

Bercakap mengenai kecergasan, Mi Smart Band 6 menawarkan 30 mod kecergasan yang mana 6 daripadanya akan dikesan secara automatik dan jam kecergasan ini juga menyokong kalis air 5ATM.

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 15 April ini pada harga RM 189 7

Xiaomi Mi Band 6 akan ditawarkan didalam beberapa warna tali silikon iaitu Black, Orange, Yellow, Olive, Ivory dan Blue pada harga RM 189.

Selain itu, anda juga membuat pra-tempahan Mi Band 6 di Lazada (mulai 15 April) pada harga RM 169 iaitu RM 20 lebih murah berbanding harga rasmi.

Anda juga boleh mendapatkan Mi Band 6 di Shopee, Mi Store dan wakil penjual rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.