Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno5f akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu hadapan

Oppo Reno5f akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu hadapan 3
Oppo secara rasminya telah mengumumkan bahawa Oppo Reno5f akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan.

Oppo Reno5f dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci (1080×2400) yang mempunyai kadar pensampelan sentuhan skrin 135Hz, kadar kecerahan maksima 800nits dan sensor capjari bawah skrin.

Pada bahagian belakang, Oppo Reno5f menampilkan 4 sensor iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 119° 8MP, sensor makro dan sensor monokrom manakala kamera selfie adalah 32MP.

Selain itu, Oppo Reno5f hadir dengan cipset MediaTek Helio P95 berkelajuan 2.2GHz, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada bahagian bateri pula, Reno5f mempunyai bateri berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan VOOC 30W dan terdapat juga antaramuka ColorOS 11 yang berasaskan Android 11.

Oppo Malaysia juga telah membuka pra-tempahan bagi Reno5f dengan bayaran pendahuluan RM 100 dan setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 238.

Pra-tempah sebelum Oppo Reno5f sebelum 14 April 2021 di My OPPO Space, OPPO Brand Store dan wakil penjual rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.